CARA MENGEMASKINI NO.TEL DAN BUTIRAN PRIBADI LAIN I-AKAUN KWSP MELALUI E-MAIL


MUAT TURUN BORANG BERIKUT :

PANDUAN MENGISI BORANG INI ADALAH MERUJUK KEPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA DI DALAM BORANG PERMOHONAN

1. Borang hanya boleh dibuka dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Reader versi terkini sahaja

2. Borang ini hendaklah ditaip dengan lengkap dan betul serta disimpan dengan format nama dokumen seperti yang ditetapkan (rujuk jadual di bawah bil 1.)

3. Setiap lampiran dokumen hendaklah dinamakan mengikut format nama dokumen seperti yang ditetapkan (rujuk jadual di bawah)

4. Borang dan semua dokumen sokongan perlu jelas dan tidak melebihi 3MB menggunakan format JPG/PNG/GIF dan PDF sahaja.

5. Hantarkan semua dokumen ke alamat e-mel : iakaundaftar@epf.gov.my dengan menggunakan format subjek e-mel Pendaftaran i-Akaun Ahli (Cth : Pendaftaran i-Akaun Ahli Ahmad Bin Muhammad)

6. Status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel iakaundaftar@epf.gov.my dan anda dinasihatkan agar sentiasa menyemak notifikasi e-mel dari pihak KWSP.

7. Saluran komunikasi hanya melalui alamat e-mel iakaundaftar@epf.gov.my sahaja. KWSP tidak pernah melantik mana-mana pihak lain untuk urusan pendaftaran ini.

Sila e-mel permohonan anda ke alamat berikut : iakaundaftar@epf.gov.my

Semua Dokumen berikut HENDAKLAH dilampirkan

  1. Borang Permohonan Pendaftaran i-Akaun (Ahli)
  2. Salinan MyKad Ahli (depan dan belakang)
  3. Gambar swafoto Ahli bersama MyKad
  4. Bukti pemilikan nombor telefon Ahli (Cth: Bil Telefon/Kontrak pendaftaran telefon/Resit bayaran deposit )
  5. Salinan Buku/Penyata Akaun Bank Simpanan/Semasa yang aktif milik Ahli

Bagi anda yang ada masalah nombor telefon telah ditukar dan tidak dapat no TAC sila isi borang ini dan email seperti yang dikehendaki. baca betul2 kandungan borang. semoga bermanfaat.

Kongsikan agar dapat bantu ramai kawan-kawan kita yang bermasalah

#stayathome

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *